Sejak dua menjak ini, ‘siemo’ kurang stabil. Sekejap ok, sekejap ko. Mungkin terlalu memikirkan exam yang semakin mendekat atau entahlah. Banyak masalah yang datang, dan banyak pula yang sedihnya. Tak tahu kenapa seminggu ini sy kuat teringat dekat arwah adik. Macam-macam perkara bercampur aduk, perasaan sy terus rindu arwah. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
Cerita pasal arwah, dia adik lelaki sy. Kalau dia masih ada, tahun ini dia berumur 19 tahun. Dah besar panjang orang kata. Arwah meninggal tengah bulan Disember tahun 2009. Tengah musim tengkujuh/hujan kalau di Kelantan. Arwah pergi dengan tanpa di duga. Dalam keadaan sangat-sangat mengejut, Allah tarik nyawanya pada hari Jumaat, 1 Muharram 1431. Bagaimana kisahnya, sy tak nak ceritakan. Cukuplah kematian arwah sangat-sangat memberi kesan kepada sy dan keluarga.
Arwah anak ke-4 daripada kami 7 beradik. Dia seorang anak yang nakal sejak dari kecil lagi. Banyak peristiwa yang berlaku semasa dia kecil sehingga ke hari ini masih menjadi bahan cerita kami sekeluarga. Ummi dan abah lebih ‘kontrol’ arwah daripada kami adik-beradik yang lain. Bermula dari perangai sehinggalah ke pembelajaran arwah, semua di bawah kawalan ummi dan abah. Arwah kurang pandai dalam bidang akademik, tapi dia cekap dalam hafal menghafal. Dia pernah suakan hasrat dia kepada ummi yang dia nak masuk Maahad Tahfiz untuk menghafal Al-Quran, tapi peluang itu Allah tidak izinkan. Walaupun arwah nakal, tapi dia yang paling manja, dengan ummi terutamanya. Dengan sy juga selalu hendak bermanja-manja,sampaikan rimas dibuatnya.
Banyak benda yang buat sy terkilan dengan arwah. Betul lah kata orang, bila seseorang itu dah tak ada dengan kita,baru kita rasa dia tu sangat penting untuk kita. . Kalau sy ada kuasa mengundur masa, sy nak balik masa sy bersama dengan arwah. Dia pernah tanya sy macamana nak guna internet, tapi masa tu sy jawab nak tak nak saja. Dia pernah demam panas, tapi sy nak tak nak juga tuam badan dia,akhir sekali sy tinggalkan saja dia. Dia pernah lentokkan kepala dia atas bahu sy, dengan kasar sy tepiskan dia. Dia pernah minta sy ajarkan dia matematik, sy ajarkan dia tapi dalam hati sy kata tak pandai-pandai juga. Malah,seminggu sebelum dia meninggal,ada peristiwa yang membuatkan sy nak tampar pipi dia tapi nasib baik ummi sempat halang tangan sy.Sungguh, sy nak balik masa sy bersama dia. Sy nak tebus segala kekurangan yg sy lakukan terhadap dia. Kalau sy tahu dia akan pergi dulu dari sy, sy tak akan buat semua itu.KALAULAH.
Sy redha. Sy terima apa jua yang telah berlaku terhadap arwah, kerana sy tahu kuasa Allah itu Maha Hebat. Walaupun sy tidak sempat melihat arwah buat kali terakhir ( sy berada di Mesir ketika itu ), doa sy sentiasa berpanjangan untuk arwah. Sy rindu arwah bukan juga kerana dia adik sy, tetapi sy melihat kematian itu akan menjemput kita bila-bila masa sahaja, tanpa kita sedar tanpa kita duga. Alhamdulillah, pemergian arwah sentiasa mengingatkan kami sekeluarga tentang kematian. Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang kita sayang, tapi yang lebih besar daripada itu ialah mesej kematian yang dia tinggalkan untuk kami. Bersiap sedialah sebelum kita juga dijemput, kerana penyesalan selepas itu tiada gunanya lagi. Wallahua’lam. Al-Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Ilman.
0 comments:
Post a Comment