Thursday, 5 May 2011

Bagaimana menjadikan tidur sebagai ibadah?


Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan bahawa 1/4 umur kita dihabiskan untuk tidur. Jika umur kita 40 tahun, maka 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur sahaja. Oleh itu, amatlah rugi andai tidur tersebut berlalu tanpa sekelumit niat yang ikhlas, yang mampu meningkatkan darjat tidur daripada :


Niat : Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.


Subjek : Tidur adalah harus. Allah berfirman yang bermaksud, " Dan Kami telah menjadikan malam ( dengan gelapnya ) sebagai pakaian ( yang melindung )." Surah An-Naba' : 10.


Pelaksanaan : Pelaksanaannya mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu kereta atau mendengar khutbah.


Optimum : Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Adab-adab tidur yang telah di anjurkan oleh Rasulullah s.a.w juga perlu dipatuhi.


Tidak meninggalkan ibadah yang asas : Jangan tidur hingga tertinggal waktu solat.


Natijah : Tenaga dan kesegaran yang di dapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebaliknya, melakukan kemaksiatan.


Kesudahannya, adat kebiasaan bernilai ibadah. Dengan menggunakan konsep yang sama, maka terjemahkan dalam setiap perbuatan seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian, memasak dan sebagainya.


Sumber : Majalah Solusi Isu No.11

0 comments:

Post a Comment

 

::live is a life:: Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template